Posts

Showing posts from December, 2019

KENALI 7 TANDA REZEKI KITA DIBERKATI ALLAH SWT

Image
REZEKI BERMACAM JENIS Kita sering terlupa yang rezeki di ada bermacam jenis, bukan sekadar tertumpu pada harta semata. Berikut adalah 7 Tanda-Tanda Rezeki yang diberkati Allah SWT. 1) Kita sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita miliki. Dan kadang-kadang tu kita rasa macam lebih dari cukup. Ini adalah salah satu petanda keberkatan dengan rezeki yang dimiliki. Contohnya bila dapat duit walau pun sikit tapi kita rasa boleh cukup buat belanja dan boleh buat simpanan lagi. 2) Bila keadaan dalam keluarga dilihat stabil dan bahagia, anak-anak juga cemerlang dalam pelajarannya. Maka boleh dikatakan yang rezeki keluarga itu ada keberkatan. Punca permasalahan dalam keluarga kadang-kadang boleh dilihat kembali pada akarnya, iaitu punca kita mendapatkan nafkah keluarga. Bila bercampur harta halal dan haram seperti rasuah maka wang tersebut sentiasa rasa tak cukup dan menyebabkan keluarga selalu berantakkan. 3) Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat, membaca Al-Quran dan juga

Benarlah rezeki itu milik Allah swt. Jangan berputus asa.

Image
TERDAPAT satu cerita yang direkodkan dalam Sahih Muslim Jadikan Allah sebagai sandaran “Seorang lelaki berjalan di tengah-tengah padang pasir. Tiba-tiba kedengaran satu suara bergema dalam celahan awan di langit. “Siramilah dikau (wahai hujan) ke atas kebun si fulan.” Lelaki itu terkejut kehairanan. Apakah dia bermimpi atau berilusi. Namun matanya tetap memerhati pergerakan awan ke mana arahnya pergi. Lantas awan tersebut menurunkan hujan ke atas kawasan berbatu hitam. Seakan-akan sebuah empangan air hujan memenuhi kawasan tersebut. Lalu daripada empangan tersebut air mulai mengalir membentuk sebuah saliran hinggalah sampai ke sebuah kebun. Di dalamnya kelihatan seorang pekebun yang sedang membuat alur dengan cangkulnya agar air sampai memenuhi petak-petak tanamannya. “Wahai hamba Allah, siapakah namamu?” Tanya lelaki itu kepada pekebun. “Namaku si Fulan,” Jawab pekebun itu dengan nama yang didengari dari langit. “Mengapakah tuan hamba bertanya tentang namaku?” Tanya

Wah Terbaiklah Bilik Seminar Di Kota Kinabalu ni!

Image
AKHIRNYA......Disinilah tempatnya!. Pencarian Sewa Bilik Seminar yang murah, cantik dan lengkap di SABAH. Dengan Harga Dan Konsep Yang WOW! "INILAH BILIK SEMINAR YANG ANDA CARI DI INANAM TAIPAN, SABAH" BILIK SEMINAR HIKMAH - SABAH BILIK SEMINAR HIKMAH - SABAH Aktiviti Pelanggan di Bilik Seminar SYARIKAT TUPPERWARE LATIHAN PENDIDIKAN KURSUS FOTOGRAFI Bilik Seminar HIKMAH menjadi pilihan ramai  "INILAH BILIK SEMINAR YANG ANDA CARI DI INANAM TAIPAN, SABAH" Hikmah Training Centre pilihan terbaik LOKASI Bagi kumpulan yang sederhana besar, Hikmah Training Centre mempunyai bilik seminar sebagai pilihan. Dengan tempat duduk yang disusun di dalam bentuk :- Teater boleh menempatkan sehingga 40-50 orang. Kelas boleh menempatkan sehingga 30 orang. Bilik Seminar ini dilengkapi dengan kemudahan audio-visual yang dipasang siap dan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis program dan acara. . 1) Ru