KENALI 7 TANDA REZEKI KITA DIBERKATI ALLAH SWT
REZEKI BERMACAM JENIS |
Kita sering terlupa yang rezeki di ada bermacam jenis, bukan sekadar tertumpu pada harta semata. Berikut adalah 7 Tanda-Tanda Rezeki yang diberkati Allah SWT.
1) Kita sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita miliki. Dan kadang-kadang tu kita rasa macam lebih dari cukup. Ini adalah salah satu petanda keberkatan dengan rezeki yang dimiliki. Contohnya bila dapat duit walau pun sikit tapi kita rasa boleh cukup buat belanja dan boleh buat simpanan lagi.
2) Bila keadaan dalam keluarga dilihat stabil dan bahagia, anak-anak juga cemerlang dalam pelajarannya. Maka boleh dikatakan yang rezeki keluarga itu ada keberkatan. Punca permasalahan dalam keluarga kadang-kadang boleh dilihat kembali pada akarnya, iaitu punca kita mendapatkan nafkah keluarga. Bila bercampur harta halal dan haram seperti rasuah maka wang tersebut sentiasa rasa tak cukup dan menyebabkan keluarga selalu berantakkan.
3) Apabila kita terasa mudah untuk menjaga solat, membaca Al-Quran dan juga melakukan amal ibadah yang lain. Maka bolel disimpulkan rezeki yang kita peroleh itu diberkati. Rezeki yang di perolehi juga membolehkan kita untuk melakukan ibadah yang lain seperti umrah dan haji. Kenapa sebahagian daripada kita terasa susah sangat nak solat adalah disebabkan rezeki kita tidak diberkati.
4) Lagi satu lagi kesan positif bila rezeki kita diberkati ialah bila orang sekeliling kita suka dekat kita atau senang dengan kehadiran kita. Perkara seperti ini boleh dilihat bila kita bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Kehadiran kita
memberi manfaat kepada orang lain dan tidak menyusahkan mereka.
5) Seterusnya ialah apabila kita senang faham ilmu yang dipelajari. Sebab itu pentingnya mencari rezeki yang halal yang diberkati sebab duit yang kita guna buat beli makanan dan barang-barang ada kesan untuk minda kita.
REZEKI DATANG MELALUI ILMU |
6) Kedatangan tetamu membawa rezeki dan keberkatan di dalam rumah tangga kita. Kalau rumah sering diziarahi maka itu tandanya rezeki kita ada keberkatan.
7) Dan yang terakhir sekali bila doa kita senang termakbul. Sebab Nabi SAW pernah bersabda doa mudah dimakbulkan Allah jika punca rezeki adalah dari sumber yang halal. Maka
Maka itulah antara petanda rezeki yang mempunyai keberkatan. Tapi kita sering terlupa yang rezeki di ada bermacam jenis, bukan sekadar tertumpu pada harta semata.
Kehidupan yang berkat itu sebenarnya akan sentiasa mencukupkan dan kecukupan itu membolehkan keberkatan didalam kehidupan. Apabila mempersoalkan banyak atau sedikit, bererti manusia itu tidak pernah puas sehinggakan tidak tahu mereka bersyukur, maka tiadalah keberkatan dari Allah didalam kehidupan.
Nabi SAW bersabda maksudnya,
“Sesungguhnya Allah yang Maha Luas KurniaNya lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hambaNya dengan rezeki yang diberikan. Barang siapa yang redha dengan pemberian Allah, maka Allah akan memberkati dan melapangkan rezeki baginya dan barang siapa yang tidak redha nescaya rezekinya tidak diberkati” (HR Ahmad)Sesungguhnya segala yang dimiliki oleh manusia diatas muka bumi ini walau sebanyak mana atau sangat sedikit, mahu pun mungkin tidak punya suatu apa, sebenarnya segala itu adalah kurnia daripada Allah SWT.
Comments