Niatkan Dhuha Sebagai Sedekah Untuk 360 Ruas Sendi Kita
Solat Sunat Dhuha atau juga dikenali sebagai solat sunat Duha adalah solat sunat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam). Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Ada seseorang yang memperlakukan Solat Dhuha seperti Solat Wajib. Alasannya kerana khuatir tidak mendapatkan rezeki. Luruskan lagi niat-niat kita. Luruskan niat-niat kita Dhuha kita jangan diukur dengan bertambahnya rezeki, Tahajjud kita jangan diukur dengan majunya bisnes kita, Sadaqaah kita jangan diukur dengan mewahnya rumah dan kenderaan. Ukurlah diri kita dengan Para Sahabat Nabi saw yang mulia. Seberapa bagus Dhuha, Tahajjud, dan Sadaqah mereka dibanding kita ? Sementara mereka banyak juga yang tidak hidup dalam kemewahan. Seperti AMIRUL MUKMININ UMAR BIN KHATTAB ra. Kalau ukuran kejayaan semua kerana banyaknya Dhuha, Tahajjud dan Sadaqah, maka tentulah orang-orang kafir tak ada