Niatkan Dhuha Sebagai Sedekah Untuk 360 Ruas Sendi Kita
Solat Sunat Dhuha atau juga dikenali sebagai solat sunat Duha adalah solat sunat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam).
Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.
Ada seseorang yang memperlakukan Solat Dhuha seperti Solat Wajib.
Alasannya kerana khuatir tidak mendapatkan rezeki.
Luruskan lagi niat-niat kita.
Luruskan niat-niat kita |
Dhuha kita jangan diukur dengan bertambahnya rezeki,
Tahajjud kita jangan diukur dengan majunya bisnes kita,
Sadaqaah kita jangan diukur dengan mewahnya rumah dan kenderaan.
Ukurlah diri kita dengan Para Sahabat Nabi saw yang mulia.
Seberapa bagus Dhuha, Tahajjud, dan Sadaqah mereka dibanding kita ?
Sementara mereka banyak juga yang tidak hidup dalam kemewahan.
Seperti AMIRUL MUKMININ UMAR BIN KHATTAB ra.
Kalau ukuran kejayaan semua kerana banyaknya Dhuha, Tahajjud dan Sadaqah, maka tentulah orang-orang kafir tak ada yang berjaya.
Luruskan Niat...
Niatkan Dhuha sebagai sedekah untuk 360 ruas sendi kita,
Niatkan Tahajjud sebagai ibadah tambahan menutup yang kekurangan,
Niatkan sadaqah kita untuk memadamkan segala sifat-sifat buruk di dalam diri kita.
Pesan Guru saya, Allahyarham Haji Rosli,Siroon;
"Kalau pun kita pandai,
janganlah dicakapkan sangat,
Kalau pun kita berani,
janganlah ditunjukkan sangat,
Kalau pun kita penakut,
janganlah dinampakkan sangat,
Kalau pun kita bodoh,
janganlah diterangkan sangat,
Kalau pun kita kaya,
janganlah dihebohkan sangat,
Kalau pun kita miskin, janganlah diketarakan sangat,
IKHLASkan hidup hanya Allah swt."
"Salah satu sebab seseorang itu tidak mendapat hidayah daripada Allah swt kerana dia suka memuji dirinya sendiri."
- Al-Imam Al-Ghazali Rahimahullah ta'ala. -
Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Comments